Monday, December 3, 2007

Eyes of Malaysia



Gambar nie diambil live sewaktu berada didalam coach Eyes Of Malaysia. Benda nie hanya ada kat Malaysia for setahun during Visit Malaysia Tourism. Student yang ambik gambar nie panggil saya "Pakcik"....orang umah saya gelak terkekeh-kekeh....

Dia tak perasan dia dah jadi makcik gak hehe...

Fish feeding Pulau Payar



Kejernihan pantai di Pulau Payar sungguh mengasyikkan. Bagi makan ikan sungguh menarik perhatian orang ramai.

Rasa macam nak pergi sekali lagi.

Cabaran Pulau Payar Langkawi


Cabaran kepulau payar Langkawi
adalah projek terakhir bagi Pertubuhan Kelab Kembara MyIPO.
Projek ini dikendalikan oleh Ryzul. nie best partner saya Khairul Fazli.
Ada syer he..he...
Orang umah saya sekali lagi kena tinggal jaga budak. Perjalanan mengambil masa lebih kurng sejam dari jeti ke Pulau Payar.

Sunday, December 2, 2007

Foot refleksologi Bangkok



Masa nie kita orang baru jer penat membeli belah disepanjang perjalanan kota Bangkok.

Jangan terkejut, rasa-rasanya ada la dalam 3 km perjalanan. Maunya tak letih. Lepas tu apa lagi singgah la kat kedai refleksologi nie.

Kat kota Bangkok ini, biz nie memang tumbuh melata. Kat mana-mana boleh dapat servis nie.

Rasa lega skit kaki. Urutan dia tak sama macam kat Malaysia. harga dia Rm12 jer sejam . Kat KL 40 sejam.

Sunday, July 8, 2007

Orang Bandung kena sound ngan gua


Nie lagi sorang mamat nie, gua dah sound kat dia, tempat nie tak leh baca suratkhabar. Degil and ketegaq. Apalagi gua bagi last warning la kat dia. Orang kat Bandung nie memang tak kenal gua lagi....

Sebahagian kasut yang dijual di WTC. Kat Bandung ni produk utama adalah kasut. Setiap hari memang kasut dan selipar dijual beribu-ribu. Tak tau lah macammana kalau kasut tak dijual. Kemungkinan besar diorang pakai kaki ayam jer....Orang rumah ada beli selipar pakai kat rumah harga dia dalam RM2 jer.

Tuesday, July 3, 2007

Nie gambar baby cute saya Muhammad AleeImran


Masa kitaorang g Bandung baby tinggal kat kampung Taiping. Nie wajah - wajah ceria dia masa kitaorang baru balik jemput dia kat kampung.
Kesian dia kena tinggal seminggu. Nsib baik mak mentua aku ok jer.




Friday, June 29, 2007

Bung Erri..Danny nak nyanyi


Ini nama dia bung erri, orangnya alim dan warak. Dia nie our tourist guide.
Kisah seorang budak nama dia Danny tinggal kat kampung di pendalaman Bandung. Kawasan perumahan disini adalah rumah panjang. Yakni rumah yang panjang tetapi ada banyak bilik-bilik yang didiami keluarga. Nak diceritakan kalau seseorang keluaga itu bergaduh maka terdengarlah akan pergaduhan itu oleh jiran-jiran sebelah. Danny ini seorang budak yang cerdik.Lagi petah berkata-berkata, ini bersesuaian dengan sifat ibunya yang terkenal dengan keramahan dan pandai berkomunikasi. Setiap kali ibunya Danny ini pergi keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawannya akan dibawanya bersama-sama Danny. Ada pada satu-satu masa itu sewaktu ibunya Danny menjamu selera bersama-sama kawan-kwnnya, Danny pulak nak terkencing, jadi dibilang nya nak kencing pada ibunya sewaktu itu, maka Ibu Danny berasa malu kerana tidak mengajar anaknya bercakap sopan dihadapan orang ramai. Maka dipesannya pada Danny sekiranya lain kali hendak kekamar kecil bilang sajer mau nyanyi.
Jangan bilang kencing kerana agak kurang sopan didepan tetamu. Maka setiap kali mau kencing Danny bilang sajer mau nyanyi, fahamlah ibunya maksudnya mau pergi ke kamar kecil. Pada suatu hari ibu Danny balik lewat malam kerana pergi kesuatu tempat yang agak jauh, maka ditinggalnya saje Danny bersama neneknya Dannny. Kerana sudah biasa bila mau kencing dia bilang mau nyanyi, pada malam itu Danny bilang pada nenek dia mau nyanyi. Neneknya bilang besok sajer jika mau nyayi kerana waktu sudah lewat malam. Tetapi Danny bilang dia sudah tak tahan, dan dia nak nyanyi jugak. Nenek Danny yang tidak tahan dengan cucunya yang mendesak-desak nak menyanyi , akhirnya berkata " Sekiranya kamu mau juga nyanyi, nyanyi sajer di telinga nenek, kerana waktu sudah jauh malam, nanti orang lain bangun".
Tanpa membuang masaDanny terus pergi menghampiri telinga neneknya dan kencing di telinga neneknya......Apalagi mengamuk lah orang tua tu kerana kurang ajar kencing ditelinganya.
Moral of the story, Kalau nak kencing cakap sajer nak kencing.Hehe..


Cottage d Punchak Bandung..misteri




Sejuk.....kena peluk ngan Khatijah Mat Zain. Tempat nie ada cerita disebalik. Sesiapa yang pernah menginap kat Cottage nie mesti pernah dengar citer seram. Menurut kawan saya yang tidur dibilik Tangkuban Perahu, beliau terdengar bunyi telefon berdering -dering dibilik sebelah sampai pagi, yang anehnya tak de orang tidur di bilik sebelah. Sampai kat opis kwn saya yang tidur dibilik lain pun mengalami peristiwa yang sama, tapi yang lebih seram ialah bilik dia bunyi phone berdering tapi bila angkat tak der orang jawab...em...last last orang umah dia suruh cabut jer wayar .....nie gambar orang umah dia (kiri)

Sunday, June 24, 2007

Jalan Cihempelas


Jalan Cihempelas nie terkenal dengan barangan jeans, macam kat PetalingStreet. Panjangnya street sekitar 2km, mcam-mcam baju dan seluar dijual. Saya sempat beli jacket jeans warna biru harga RM40. Kalau kat KL dalam RM120. Orang umah saya beli gak...skirt labuh jeans harga RM40 gak. Kalau kita mintak tawar tapi dia cakap "PAS" maksudnya harga dah tetap tak boleh kurang lagi. Patung ultraman nie idola dia masa kecik-kecik dulu.

Gambar semasa sampai di Airport Sukarno-Hatta Jakarta Indonesia


Ini lah gambar semua peserta AJK laman web yang diketua bapak Hashim (Norhisham Ghazali). Sebahagian lagi peserta adalah daripada Kelab Sosial. Ada sorang member kita nie artis, nama dia Azami di Indonesia dia nie terkenal. Dia bilang kalau kesampaian di Bandung mesti bagitau kawan-kawan, kalau tidak putus saudara.....hem..
Yang pakai skaf merah tu adik kepada artis Didie Alias.