Friday, June 29, 2007

Bung Erri..Danny nak nyanyi


Ini nama dia bung erri, orangnya alim dan warak. Dia nie our tourist guide.
Kisah seorang budak nama dia Danny tinggal kat kampung di pendalaman Bandung. Kawasan perumahan disini adalah rumah panjang. Yakni rumah yang panjang tetapi ada banyak bilik-bilik yang didiami keluarga. Nak diceritakan kalau seseorang keluaga itu bergaduh maka terdengarlah akan pergaduhan itu oleh jiran-jiran sebelah. Danny ini seorang budak yang cerdik.Lagi petah berkata-berkata, ini bersesuaian dengan sifat ibunya yang terkenal dengan keramahan dan pandai berkomunikasi. Setiap kali ibunya Danny ini pergi keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawannya akan dibawanya bersama-sama Danny. Ada pada satu-satu masa itu sewaktu ibunya Danny menjamu selera bersama-sama kawan-kwnnya, Danny pulak nak terkencing, jadi dibilang nya nak kencing pada ibunya sewaktu itu, maka Ibu Danny berasa malu kerana tidak mengajar anaknya bercakap sopan dihadapan orang ramai. Maka dipesannya pada Danny sekiranya lain kali hendak kekamar kecil bilang sajer mau nyanyi.
Jangan bilang kencing kerana agak kurang sopan didepan tetamu. Maka setiap kali mau kencing Danny bilang sajer mau nyanyi, fahamlah ibunya maksudnya mau pergi ke kamar kecil. Pada suatu hari ibu Danny balik lewat malam kerana pergi kesuatu tempat yang agak jauh, maka ditinggalnya saje Danny bersama neneknya Dannny. Kerana sudah biasa bila mau kencing dia bilang mau nyanyi, pada malam itu Danny bilang pada nenek dia mau nyanyi. Neneknya bilang besok sajer jika mau nyayi kerana waktu sudah lewat malam. Tetapi Danny bilang dia sudah tak tahan, dan dia nak nyanyi jugak. Nenek Danny yang tidak tahan dengan cucunya yang mendesak-desak nak menyanyi , akhirnya berkata " Sekiranya kamu mau juga nyanyi, nyanyi sajer di telinga nenek, kerana waktu sudah jauh malam, nanti orang lain bangun".
Tanpa membuang masaDanny terus pergi menghampiri telinga neneknya dan kencing di telinga neneknya......Apalagi mengamuk lah orang tua tu kerana kurang ajar kencing ditelinganya.
Moral of the story, Kalau nak kencing cakap sajer nak kencing.Hehe..


Cottage d Punchak Bandung..misteri




Sejuk.....kena peluk ngan Khatijah Mat Zain. Tempat nie ada cerita disebalik. Sesiapa yang pernah menginap kat Cottage nie mesti pernah dengar citer seram. Menurut kawan saya yang tidur dibilik Tangkuban Perahu, beliau terdengar bunyi telefon berdering -dering dibilik sebelah sampai pagi, yang anehnya tak de orang tidur di bilik sebelah. Sampai kat opis kwn saya yang tidur dibilik lain pun mengalami peristiwa yang sama, tapi yang lebih seram ialah bilik dia bunyi phone berdering tapi bila angkat tak der orang jawab...em...last last orang umah dia suruh cabut jer wayar .....nie gambar orang umah dia (kiri)

Sunday, June 24, 2007

Jalan Cihempelas


Jalan Cihempelas nie terkenal dengan barangan jeans, macam kat PetalingStreet. Panjangnya street sekitar 2km, mcam-mcam baju dan seluar dijual. Saya sempat beli jacket jeans warna biru harga RM40. Kalau kat KL dalam RM120. Orang umah saya beli gak...skirt labuh jeans harga RM40 gak. Kalau kita mintak tawar tapi dia cakap "PAS" maksudnya harga dah tetap tak boleh kurang lagi. Patung ultraman nie idola dia masa kecik-kecik dulu.

Gambar semasa sampai di Airport Sukarno-Hatta Jakarta Indonesia


Ini lah gambar semua peserta AJK laman web yang diketua bapak Hashim (Norhisham Ghazali). Sebahagian lagi peserta adalah daripada Kelab Sosial. Ada sorang member kita nie artis, nama dia Azami di Indonesia dia nie terkenal. Dia bilang kalau kesampaian di Bandung mesti bagitau kawan-kawan, kalau tidak putus saudara.....hem..
Yang pakai skaf merah tu adik kepada artis Didie Alias.

Saturday, June 23, 2007

Pemandangan dibelakang Tangkuban Perahu yang masih aktif


Kisah terjadi apabila Sang Kuriang gagal menyiapkan perahu yang diminta oleh Dayang Sumbi menjelang subuh. Itupun kerana kebodohan Sang Kuriang. Maka disepaknya perahu tersebut sehingga terbalik dan terjadilah gunung berapi yang amat dasyat. Itu semua telah berlalu. Saya dan orang rumah sempat bergambar bersama ditempat kejadian tersebut, Gunung Berapi Ratu ini masih aktif dan bau belerang nya pun masih kuat dan sangat busuk.



Ini lah dia tempat yang dinamakan Tangkuban Perahu bermaksud Perahu yang terbalik

Wednesday, June 20, 2007

Perahu Tangkuban


GAMABAR KENANGAN SEWAKTU MENUNGGU BAS BALIK KE AIRPOT BAJU YANG AKU PAKAI NIE BARU BELI SEMALAM KAT KAKISIAR GUNUNG BERAPI SEMALAM LER....DAPAT LER TAWAR PUNYER TAWAR... HARGA BIAJIN (OK LA MAKSUDNYA ) RM 8. ADA SORANG MEMBER KITAORANG TU NAMA DIA PHELOMENA, DIA JEALOUS PASAL KIATAORANG ASYIK PAKAI BAJU SAMA JER..HEHE