Friday, June 29, 2007

Bung Erri..Danny nak nyanyi


Ini nama dia bung erri, orangnya alim dan warak. Dia nie our tourist guide.
Kisah seorang budak nama dia Danny tinggal kat kampung di pendalaman Bandung. Kawasan perumahan disini adalah rumah panjang. Yakni rumah yang panjang tetapi ada banyak bilik-bilik yang didiami keluarga. Nak diceritakan kalau seseorang keluaga itu bergaduh maka terdengarlah akan pergaduhan itu oleh jiran-jiran sebelah. Danny ini seorang budak yang cerdik.Lagi petah berkata-berkata, ini bersesuaian dengan sifat ibunya yang terkenal dengan keramahan dan pandai berkomunikasi. Setiap kali ibunya Danny ini pergi keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawannya akan dibawanya bersama-sama Danny. Ada pada satu-satu masa itu sewaktu ibunya Danny menjamu selera bersama-sama kawan-kwnnya, Danny pulak nak terkencing, jadi dibilang nya nak kencing pada ibunya sewaktu itu, maka Ibu Danny berasa malu kerana tidak mengajar anaknya bercakap sopan dihadapan orang ramai. Maka dipesannya pada Danny sekiranya lain kali hendak kekamar kecil bilang sajer mau nyanyi.
Jangan bilang kencing kerana agak kurang sopan didepan tetamu. Maka setiap kali mau kencing Danny bilang sajer mau nyanyi, fahamlah ibunya maksudnya mau pergi ke kamar kecil. Pada suatu hari ibu Danny balik lewat malam kerana pergi kesuatu tempat yang agak jauh, maka ditinggalnya saje Danny bersama neneknya Dannny. Kerana sudah biasa bila mau kencing dia bilang mau nyanyi, pada malam itu Danny bilang pada nenek dia mau nyanyi. Neneknya bilang besok sajer jika mau nyayi kerana waktu sudah lewat malam. Tetapi Danny bilang dia sudah tak tahan, dan dia nak nyanyi jugak. Nenek Danny yang tidak tahan dengan cucunya yang mendesak-desak nak menyanyi , akhirnya berkata " Sekiranya kamu mau juga nyanyi, nyanyi sajer di telinga nenek, kerana waktu sudah jauh malam, nanti orang lain bangun".
Tanpa membuang masaDanny terus pergi menghampiri telinga neneknya dan kencing di telinga neneknya......Apalagi mengamuk lah orang tua tu kerana kurang ajar kencing ditelinganya.
Moral of the story, Kalau nak kencing cakap sajer nak kencing.Hehe..


No comments: